BIZSMART® CHALLENGE EDISI ACCELERATOR -
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)


1. Apakah itu BizSmart® Challenge Edisi Accelerator?

Ia adalah inisiatif oleh Alliance Bank Malaysia Berhad (“ABMB”) untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berpotensi tinggi di Malaysia untuk memperkembangkan perniagaan dan mara ke fasa pertumbuhan seterusnya dengan menghubungkan mereka dengan para pelabur, iaitu 1337 Ventures Sdn Bhd dan 5X Capital Sdn Bhd (“Rakan Program”).

Program ini menyediakan pembelajaran dan bimbingan serta pendedahan jenama kepada PKS terpilih di samping menawarkan pembiayaan dengan kadar keutamaan kepada peserta-peserta akhir BizSmart® Challenge Edisi Accelerator (“BizSmart® Challenge”) yang terpilih.

2. Apakah perbezaan antara BizSmart® Challenge Edisi Accelerator dan SME Innovation Challenge/ BizSmart® Challenge terdahulu yang dianjurkan pada tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2020?

Sebagai meraikan ulang tahun yang ke-10, program BizSmart® Challenge memperkenalkan Edisi Accelerator dengan tawaran yang lebih hebat dengan:

  • Meluaskan kriteria kelayakan untuk membolehkan penyertaan di kalangan PKS di Malaysia yang berada dalam peringkat pertumbuhan
  • Menyediakan peluang yang tiada batas dengan menghubungkan PKS berpotensi dengan para pelabur, seperti 1337 Ventures, 5X Capital dsb.
  • Pembiayaan sehingga RM20 juta oleh Alliance Bank pada kadar keutamaan

3. Apakah kelayakan menyertai BizSmart® Challenge?

BizSmart® Challenge terbuka kepada PKS berdaftar di Malaysia yang telah beroperasi antara 12 bulan dan 10 tahun (maksimum) dan mempunyai pusing ganti jualan tahunan antara RM500,000 hingga RM40 juta (sehingga 30 April 2024)

4. Bilakah tempoh penyertaan bagi BizSmart® Challenge?

Tempoh penyertaan bermula dari 5 Jun 2024 dan berakhir pada 4 Ogos 2024 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut). Penyertaan yang dterima sebelum tarikh mula dan selepas tarikh tamat tidak akan dilayan.

5. Di manakah borang penyertaan boleh didapati?

Borang penyertaan boleh didapati di laman web ABMB di www.bizsmart.com.my. Salinan cetak borang tersebut tidak disediakan dan hanya permohonan penyertaan secara dalam talian Sahaja diterima.

Langkah 1 : Log masuk ke www.bizsmart.com.my
Langkah 2 : Isikan butiran perniagaan anda pada borang penyertaan dalam talian
Langkah 3 : Anda akan menerima e-mel yang dijana secara automatik daripada ABMB selepas pendaftaran berjaya dilaksanakan

Langkah 1:
Log masuk ke www.bizsmart.com.my

Langkah 2:
Isikan butiran perniagaan anda pada borang penyertaan dalam talian

Langkah 3:
Anda akan menerima e-mel yang dijana secara automatik daripada ABMB selepas pendaftaran berjaya dilaksanakan

6. Apakah maklumat/dokumen yang diperlukan untuk penyertaan?

Cadangan perniagaan yang lengkap dengan kriteria berikut:

  • Profil Syarikat
  • Prestasi Kewangan
  • Analisis Persaingan
  • Rancangan Perniagaan untuk 5 tahun (pilihan)
  • Rakaman video mengenai perniagaan (pilihan)

7. Jika saya memilih untuk menghantar video gambaran keseluruhan perniagaan, apakah kandungan yang diperlukan untuk video tersebut?

Rakam video yang mengandungi maklumat perniagaan anda:

  • Pengenalan diri
  • Maklumat am mengenai perniagaan
  • Motif/ visi & misi (Apa yang mengilhamkan anda untuk memulakan perniagaan ini)
  • Faktor pelaris unik (USP)
  • Pasaran sasaran
  • Aspirasi/ Matlamat perniagaan/ rancangan untuk lima (5) tahun akan datang

8. Jika saya memilih untuk menghantar video gambaran keseluruhan perniagaan, apakah format yang perlu digunakan untuk fail rakaman video?

Durasi : Tidak melebihi enam puluh (60) saat
Format : MP4/ MOV
Dimensi : 1080 x 1920 (nisbah bidang: 9:16)

Durasi:
Tidak melebihi enam puluh (60) saat

Format:
MP4/ MOV

Dimensi:
1080 x 1920 (nisbah bidang: 9:16)

ABMB dan Rakan Program berhak menyingkir dan/atau membatalkan mana-mana permohonan penyertaan yang mengandungi perkara yang lucah, menjolok mata, tidak senonoh, bahasa yang kesat, sentimen perkauman, elemen keganasan atau sebarang elemen lain yang dianggap tidak wajar oleh ABMB, termasuklah tetapi tidak terhad kepada pelanggaran hak harta intelek mana-mana pihak ketiga. ABMB tidak akan bertanggungjawab atas penyingkiran dan/atau pembatalan atau kegagalan hantaran penyertaan yang disebabkan oleh masalah teknikal atau sambungan Internet atau apa-apa juga sebab

9. Bagaimanakah program BizSmart® Challenge dilaksanakan?

Peringkat 1 : Isi borang penyertaan
Peringkat 2 : Penapisan cadangan perniagaan & semakan profil syarikat. 30 peserta akhir terbaik akan dihubungi oleh ABMB
Peringkat 3 : Buka ABMB Business Current Account/-i (BCA) & kekalkan baki minimum sebanyak RM1,000 dengan ABMB sepanjang tempoh BizSmart® Challenge
Peringkat 4 : Selesaikan Program Accelerator / Bimbingan Perniagaan (lebih kurang 40 jam)
Peringkat 5 : 30 peserta akhir perlu menampilkan produk/perkhidmatan pada sesi Pembentangan Perniagaan
Peringkat 6 : 10 peserta akhir akan disenarai pendek untuk membuat pembentangan pada peringkat akhir dan syarikat berpotensi akan dipilih dan berpeluang memenangi hadiah tunai dan menerima pendanaan perniagaan oleh ABMB & Rakan Programnya

Peringkat 1:
Isi borang penyertaan

Peringkat 2:
Penapisan cadangan perniagaan & semakan profil syarikat. 30 peserta akhir terbaik akan dihubungi oleh ABMB

Peringkat 3:
Buka ABMB Business Current Account/-i (BCA) & kekalkan baki minimum sebanyak RM1,000 dengan ABMB sepanjang tempoh BizSmart® Challenge

Peringkat 4:
Selesaikan Program Accelerator / Bimbingan Perniagaan (lebih kurang 40 jam)

Peringkat 5:
30 peserta akhir perlu menampilkan produk/perkhidmatan pada sesi Pembentangan Perniagaan

Peringkat 6:
10 peserta akhir akan disenarai pendek untuk membuat pembentangan pada peringkat akhir dan syarikat berpotensi akan dipilih dan berpeluang memenangi hadiah tunai dan menerima pendanaan perniagaan oleh ABMB & Rakan Programnya.

10. Bila dan bagaimanakah ABMB akan memaklumkan peserta yang berjaya?

ABMB menjangka akan memaklumkan peserta yang berjaya melalui telefon, e-mel dan/atau mana-mana saluran lain yang dianggap wajar sebelum 31 Ogos 2024.

11. Bagaimanakah proses penilaian dijalankan untuk memilih 30 peserta terbaik?

Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pihak Pengurusan Kanan dari ABMB dan Rakan Program akan menilai semua penyertaan dan potensi perniagaan mereka. Hanya tiga puluh (30) peserta akan disenarai pendek dan mara ke peringkat seterusnya.

12. Apakah yang akan saya peroleh sekiranya terpilih sebagai salah satu daripada 30 peserta terbaik BizSmart® Challenge?

30 peserta terbaik akan menjalani Program Accelerator/ bimbingan perniagaan berstruktur yang intensif dibiayai sepenuhnya oleh ABMB dan Rakan Programnya, menerima nasihat yang bernilai daripada pakar, serta mendapat pendedahan jenama bagi perniagaan anda melalui platform dalam talian.

Jenama 10 peserta akhir terbaik akan ditampilkan oleh ABMB pada mana-mana platform/ rangkaian yang dianggap sesuai dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah tunai serta menerima dana perniagaan daripada Rakan Program.

13. Adakah peserta perlu menghadiri latihan/ kursus bimbingan perniagaan/ Program Accelerator yang diaturkan oleh ABMB dan Rakan Program?

Ya, setiap peserta yang terpilih mesti mengambil bahagian dalam semua aktiviti dan acara yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada BizSmart® Challenge sepanjang tempoh program, termasuk kesemua empat (4) latihan dalam kelas dan ceramah (lebih kurang 40 jam) sebagaimana yang dianggap sesuai oleh ABMB dan Rakan Program dari bulan Ogos hingga September 2024.

14. Apakah manfaat yang dapat saya peroleh daripada latihan/ kursus bimbingan perniagaan/ Program Accelerator?

Latihan/ kursus bimbingan perniagaan/ Program Accelerator memberi tumpuan kepada pemasaran, strategi pertumbuhan perniagaan, peta hala tuju pelaksanaan, pengurusan bakat, sesi perkongsian impak pembentangan dan penyelesaian perniagaan daripada nama-nama terkemuka di kalangan Rakan Program, pihak Pengurusan Kanan ABMB dan alumni dari program yang lalu.

15. Bagaimana sekiranya saya tidak dapat menyertai keseluruhan latihan/ kursus bimbingan perniagaan/ Program Accelerator?

Sekiranya peserta terpilih gagal menghadiri mana-mana sesi yang diadakan dan/atau tidak melengkapkan sebaang tugas/projek dalam tempoh yang ditetapkan, alasan/penjelasan bertulis dihendaki memberi kepada wakil ABMB. Sekiranya peserta tidak menghadiri lebih daripada dua (2) sesi (sama ada sesi yang diadakan secara fizikal atau atas talian), kelayakan penyertaan peserta tersebut akan dibatalkan secara automatik daripada BizSmart® Challenge.

16. Bagaimana sekiranya saya menarik diri setelah menyertai separuh daripada program ini?

Sekiranya peserta menarik diri setelah menyertai sebahagian daripada program ini tanpa memberikan alasan/penjelasan bertulis yang meyakinkan dan/atau tidak dapat dihubungi oleh ABMB dan Rakan Programnya, ABMB berhak menurut budi bicaranya untuk membatalkan kelayakan peserta tersebut secara automatik dan peserta dilarang mengambil bahagian dalam mana-mana program akan datang yang berkait dengan BizSmart® Challenge.

17. Bolehkah saya menghebahkan penyertaan saya dalam BizSmart® Challenge dalam tempoh program?

Peserta tidak dibenarkan berkongsi sebarang bahan yang berkait dengan BizSmart® Challenge di mana-mana platform dalam tempoh program kecuali dimaklumkan sebaliknya oleh ABMB. ABMB akan mengadakan sesi taklimat dengan para peserta.

18. Apakah penglibatan lain yang perlu dipenuhi sepanjang penyertaan dalam BizSmart® Challenge?

Peserta akan terus mengambil bahagian dan memudahkan pelaksanaan aktiviti berkenaan BizSmart® Challenge, sama ada anda terpilih sebagai Peserta akhir atau Pemenang atau tidak, termasuk aktiviti yang dijalankan untuk tujuan promosi. Penglibatan peserta BizSmart® Challenge termasuklah tetapi tidak terhad kepada:

  • imej, rupa dan suara pada rakaman audio atau video bagi tujuan BizSmart® Challenge tanpa sebarang bayaran atau balasan lain;
  • imej yang mungkin diedit, dibuat salinan, dipamerkan, diterbitkan atau diedarkan dan mengetepikan hak untuk memeriksa atau meluluskan produk akhir yang mengandungi imej mereka;
  • penggunaan logo organisasi anda dan visual penjenamaan korporat lain dalam mana-mana bahan pemasaran dan promosi. Rakaman foto, audio atau video mungkin digunakan untuk tujuan pemasaran dan sebagai bahan promosi dalam media cetak, video dan dalam talian; dan
  • bahan-bahan yang mengandungi imej, rupa, dan suara dalam pelbagai inisiatif untuk digunakan dalam inisiatif BizSmart® Challenge ABMB yang sedang berlangsung atau pada masa akan datang. Tiada had masa dan geografi berkenaan edaran bahan tersebut.

19. Adakah saya akan diberi pembayaran ganti atas segala perbelanjaan yang saya tanggung sepanjang penyertaan dalam BizSmart® Challenge?

Peserta akan menanggung segala kos dan perbelanjaan sepanjang penyertaan anda dalam BizSmart® Challenge kecuali dimaklumkan sebaliknya oleh ABMB.

20. Di manakah boleh saya dapatkan maklumat lanjut mengenai BizSmart® Challenge?

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari laman web kami di www.bizsmart.com.my. Selain itu, anda juga boleh menghantar e-mel ke alliancebankbizsmartchallenge@alliancefg.com.

21. Apakah ganjaran/hadiah BizSmart® Challenge?

BizSmart® Challenge menawarkan hadiah-hadiah seperti dalam jadual di bawah:

Huraian Bilangan hadiah Amaun (RM)
Pemenang utama
Tempat kedua
Tempat ketiga
1
1
1
RM 250,000
RM 100,000
RM 50,000
Anugerah Pilihan Rakan Niaga oleh Cradle 5 RM 50,000
(RM 10,000 setiap pemenang)
Anugerah Kategori CGC 1 RM 50,000

BizSmart® Challenge juga menyediakan peluang tanpa had dengan menghubungkan PKS berpotensi dengan Rakan Program seperti 1337 Ventures, 5X Capital dan lain-lain. Di samping itu, 10 peserta akhir terbaik juga layak memohon pembiayaan sehingga RM20 juta daripada ABMB pada kadar keutamaan.

22. Bagaimanakah ABMB atau Rakan Program membayar ganjaran/hadiah kepada pemenang?

  • Bagi hadiah wang tunai yang ditawarkan oleh ABMB, hadiah wang tunai tersebut akan dibayar kepada ABMB Business Current Account/-i (BCA) yang dipegang oleh pemenang dengan ABMB.
  • Bagi hadiah wang tunai oleh Rakan Program, hadiah tersebut akan diaturkan oleh Rakan Program yang berkenaan yang akan dikreditkan kepada ABMB Business Current Account/-I (BCA) pemenang yang dibuka di ABMB.
  • Bagi peluang pendanaan perniagaan, 10 peserta akhir terbaik perlu membuat pembentangan model/idea perniagaan untuk melayakkan mereka mendapat pendanaan perniagaan oleh Rakan Program. Pendanaan perniagaan akan disediakan oleh Rakan Program dalam sebarang bentuk/saluran/platform yang dianggap sesuai seperti platform Pendanaan Awam Ekuiti (ECF), tawaran persendirian dsb.

Sebelum pembayaran hadiah wang tunai dilaksanakan, pemenang perlu memberi persetujuan untuk menjalani penyiasatan latar belakang dan pemeriksaan lain yang menyeluruh, menurut budi bicara ABMB dan Rakan Program. Pemeriksaan ini mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada pengesahan pengenalan, sumber dana, kelayakan kredit, dan pematuhan peraturan yang berkenaan di Malaysia. Peserta/Pemenang perlu bersetuju untuk mengemukakan dokumentasi dan maklumat yang diminta bagi tujuan pelaksanaan pemeriksaan tersebut. Kegagalan mematuhi keperluan tersebut boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan.

23. Setakat manakah penglibatan ABMB dalam pendanaan perniagaan dan pengagihannya?

Sebarang pendanaan perniagaan atau urus niaga antara peserta dan Rakan Program pada masa akan datang akan melibatkan kedua-dua pihak tersebut secara langsung dan tidak melibatkan ABMB.

24. Apakah manfaat lain yang ditawarkan oleh program ini?

  • Pendedahan jenama di saluran Above the Line (ATL) & Below the Line (BTL), iaitu media sosial, media cetak, pemasaran digital, pengiklanan dsb.
  • Bimbingan dan pementoran oleh pakar industri
  • Peluang perangkaian - bina rangkaian anda dengan mendapatkan perspektif baru menerusi pertemuan dengan usahawan progresif yang lain
  • Terokai cara baru untuk mengumpul modal bagi perniagaan anda di platform Pendanaan Awam Ekuiti (ECF)
  • Program dan peluang lain yang ditawarkan oleh ABMB

25. Sebelum ini saya pernah menghantar permohonan penyertaan bagi SME Innovation Challenge/ BizSmart® Challenge dalam tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan/atau 2020 tetapi tidak berjaya. Bolehkah saya mengambil bahagian dalam BizSmart® Challenge Edisi Accelerator tahun ini?

Ya, anda layak mengambil bahagian dalam BizSmart® Challenge Edisi Accelerator.

26. Sekiranya saya seorang pemenang atau peserta akhir dari musim sebelumnya (SME Innovation Challenge/ BizSmart® Challenge dalam tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan/atau 2020), bolehkah saya mengambil bahagian dalam BizSmart® Challenge Edisi Accelerator tahun ini?

Ya, anda layak mengambil bahagian dalam BizSmart® Challenge Edisi Accelerator kerana kami telah meluaskan kriteria kelayakan bagi penyertaan untuk membantu memajukan perniagaan anda. PKS bedaftar di Malaysia yang telah beroperasi antara 12 bulan dan 10 tahun (maksimum) dan mempunyai pusing ganti jaulan tahunan RM500,000 hingga RM40 juta (sehingga 30 April 2024).